Wiiwitt.. Nama sexy i Yenadey .. Nama you ?

Archive for 'Random'

Entry Hari Raya Aidilfitri

Wahhhh.. Meriah tak meriah tak..? Ahaha :P Semangat nak raya katakan.. Raya tahun neh i dan sekeluarga tidak pulang ke kampung, Sebab kaklong gebush  i sudah sarat sesangat dan sekarang tunggu masa sahaja untuk bersalin.. Insyallah dalam minggu hadapan i ada orang baru dalam family.. Baby syawal.. Weee! Walaupun tidak pulang ke kampung, Kami sekeluarga tetap beraya di rumah masak memasak rendang ketupat apa suma.. Makan dan makannn, Itulah keseronokkan hari raya bukan?

Dengan ini….. i YnaaOhYnaa atau nak sexy sikit YenaDey, Tuan empunya belog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua  kawan-kawan facebook, kawan-kawan belog, Kawan-kawan sekolah, dan tidak lupe kepada silent readers yang mungkin tidak pernah bertegor.. I menghulurkan 10 jari jemari yang  tak berapa nak manis ingin meminta maaf, meminta ampun jika selama anda membaca belog ini adaa terasa hati atau tersentap dengan kekasaran ayat yang i paparkan.. I minta maaf sangat-sangat….. Kepada semua yang pulang ke kampung halaman masing-masing, Drive carefully, Hati-hati jangan drift.. Semoga hari raya tahun ini memberikan 1001 kemanisan buat kita semua.. AMIN  :)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Posted on 8 September '10 by YnaaOhYnaa, Filed under Random - 34 Comments

Jerawat nak beraya juga ker ?

Lagi beberapa hari jer lagi nak raya, Jerawat pula menunjukkan tanda-tanda seperti mahu datang menyerang. Tolong lah wahai jerawat, Dont you dare datang buat lawatan..! I mean, Not now please…. Bagi lah chance dekat i nak beraya muka clean and clear….  P a s r a h

Posted on 6 September '10 by YnaaOhYnaa, Filed under Random - 32 Comments

Merdekaa Merdekaaa Merdekaa !

Rinduuu nyaaa zaman sekolah. Sejak habes sekolah dan setiap kali merdeka perasaan kerinduan tehadap sekolah membuak-buak. Teringat pagi-pagi pergi sekolah semangat nak sambut merdeka sebab sambut kat sekolah macam happening giles. WAJIB bawak bendera plastik siap ade cokolat bolat-bolat warna warni dalam tue.. Dengan perasaan yang bangga gile tayang bendera cokolat warna warni. Dan juga buat muke bengis tayang bendera cokolat warna warni dekat mereka yang takda bendera. Ahahaha kejam gile kann…

Tengok dekat twitter and facebook semua orang buat gambar ade bendera. i pon taknak ketinggalan.. Semangat yuh..! Kahkah

Dekat sekolah semua nyanyi lagu merdeka dengan riang sekali. Berkibaran benderaa-bendera. Seronok nyaa. Sumpah rindu! Nak sekolah balekk.. Nak pakai baju sekolah pastu seludup masuk sekolah boleh tak? Nak sambut merdeka dekat tapak perhimpuanan… Dengan cekgu-cekgu.. dengan kawan-kawan.. Rinduu sangat tak tipus… :(

Posted on 30 August '10 by YnaaOhYnaa, Filed under Random - 24 Comments

Malas nak letak tajuk

Masalah i apebila setiap kali update  entry baru adelah

‘..Tak tahu nak letak tajuk apa..’

I penat nak jawab soalan yang sama dekat email, dekat facebook.. So i explain dekat sini lah yer. Ramai tanya i kenapa i tak update belog. Apesal susah nak nampak ade entry baru. Kenapa jarang share cerita macam dulu..   Siap ada email suruh buat entry juadah berbuka setiap hari macam tahun lepas.. Kalau ramadhan tahun lepas, Setiap hari belog i di hiasi dengan gambagajah makanan lauk pauk yang melazat kan. Terliur je semua masuk belog i pada siang hari. Hahaha. Itu lah semua kenangan belog hitam legam www.ynaaohynaa.blogspot.com

Tapi sejak bertukar ke dotcom puteh bungabunga nie entah apehal i jadi cukup malas nak update. Ikutkan hati memang banyak sebenar nya nak cerita. BANYAK cerita baru, Tapi i pikir banyak kali nak cerita atau tak.. Hati kata mahu cerita, tapi otak kata jangan. Mereka yang perihatin pernah bebunyik suruh i jangan malas update, nanti readers lari.. Memang ramai  yang sudah lari i tahu, sebab bilangan traffic menurun selalu. Hahaha! Tapi tak apalah  kalau readers lari pun, i tidak  kisah pasal itu sebab i tahu belog i maseh ade readers yang setia mengikuti.. Kalau bilangan readers banyak tapi semua busuk hati kasik komen sampah pun tak guna

I pon sebenar nya rindu nak active belog macam dulu. Buat masa sekarang i active twitter sahaja. Kalau dulu ada jer cerita i nak kepoh kan dekat belog. Mungkin sekarang nie mood nak update selalu takda kot. Tunggu ah mood tue datang balek, Sekarang neh pun tengah cuba  nak  rajin update. Karang mood active bloging dah kembali i update 3 kali sehari baru tahu, Banyak update banyak cakap nanti ada pulak orang yang menyampah kan. Al-maklum lah, sekarang ni bloggers pantang ada benda dia menyampah, habes entry tak suka di wujudkan.. Kahkahkah. Dunia bloging tak indah macam dulu lagi.. Thats the reason why i jarang update kot..??  Entah lah.. But but BUT…, i wont stop bloging.. thats for sure :)

Posted on 23 August '10 by YnaaOhYnaa, Filed under Random - 44 Comments

Dont be so KEJAM please ?

Pada i memang kejam bagi mereka yang suka post video atau gambar Hantu yang tetiba keluar bila di suruh nya kita tatap sesuatu seperti satu video yang i kena, Tajuk dia “Kasihan budak kecil comel ini  tiba-tiba mati apabila sedang joget chicken dance“.. Tajuk dah macam menarik tertarik .. Bila kelik play dan tengok budak tesebut sedang  joget-joget  secara comel dan tetiba opocot mak kau keluar gambar hantu! Macam bangang tahu? Dalah time tuh i pakai headphone, Lagu chicken dance dah lah best, Feveret i so i siap pasang kuat gila.. Sekali hantu keluar dengan sound yang sangat meyeramkan. Kalau i kena heart attack macam mana? Tak sempat mengucap dah mati keras ternganga hodoh sunggoh. Tak pasal-pasal orang yang post video itu di cop pembunuh. Padan muka kau.

Pastu pulak post gambar atau video orang accident. Memang gambar tuh takda cover terpampang darah muka pecah hancur badan terbelah dua tiga. kaki tecabut.. Memang i tak suka tengok. tapi kadang-kadang bila Wall feed dekat facebook  tetiba dah terpampang gambar sebegitu. Kan tak pasal-pasal dah TER NAMPAK. Bile ternampak memang akan terbayang dan teringat ingat. Dah tu pulak, Siap TAG lagi nama i dekat photo orang pecah kepala tu suma. Cuba bayangkan time i nak remove nama i dekat gambar tesebut?  Tutup mata dengan tangan tapi terpaksa bukak sikit ruang. kalau tutup semua mata macam mana nak remove nama..? Seksa tahu??!! And and and i dont find it as “Funny”.. Not funny at all..

Kepada anda yang suka sangat masuk kan gambar hantu, gambar orang accident, Anda kena ingat bahawe tidak semua orang mempunyai hati yang kental , atau hati yang sangat kering macam anda punya hati.. Tak semua orang kuat semangat nak tengok semua benda alah tuh. Jadi tolong lah jangan kejam sangat.. Boleh tak boleh tak ????

….

Posted on 23 August '10 by YnaaOhYnaa, Filed under Random - 36 Comments

Adik bulus sudah masuk boarding

Semalam i dengan mama sudah hantar kesemua adik bulus i masuk boarding, Lucky boarding tersebut under maksue i sendiri. bukan boarding kedai or vet. I tak berapa berkenan hantar kucing boarding kedai/vet sebab mereka belum tentu jaga our cats dengan baik.. Maksue i ada buat service PetNanny, which is dia sendiri menjaga segala pets yang di hantar. Boarding di rumah yer bukan di kedai. Siap ada bilik khas kalau anda mahu kucing anda ada their own privacy. Tak main ah duduk dalam cage sahaja.. Ahaha! Maklum lah haiwan peliharaan sekarang semua modern. Semua spoiled. Semua hidup mewah. Bilik untuk boarding juga ada kipas dan aircond. Mana kucing persians yang bulu panjang yang biasa tidor dalam aircond, Memang bahagia lah diorang kerana maksue i memang ada buat khidmat begitu. Kucing monyet tupai rabbit semua maksue i dah pernah bela dan jaga.. Cuma anjing saja maksue tidak dapat  terima.. Jadi kalau sesiapa rakan-rakan belog i yang membaca dan amat perlu kan khidmat  seperti ini apebila anda tiada tempat atau tiada sapa mahu jaga binatang peliharaan anda bile korang outstation atau balek kampung beraya, boleh lah roger maksue i yer.. Untuk maklumat lanjut boleh lihat gambar di bawah ini

Adik-adik bulus i semua perlu masuk boarding kali ini sebab kaklong i akan berpantang di rumah. Dan rumah perlu free from bulu kucing which is tak baik untuk bayi. Kaklong pun sekarang dah sarat, anytime boleh bersalin. So i dengan mama perlu prepare awal, dan adik bulus terpaksa masuk boarding. Nanti lepas kaklong habes pantang baru mereka pulang ke rumah. Diorang pun dah biasa boarding dengan maksue sebab setiap kali rumah kami buat kenduri atau party (eceh), Adik bulus semua hendak lah di boarding kan.. mereka dengan kucing maksue juga suda kenal rapat dan jadi geng untuk membuli maksue iaitu bermain beramai-ramai di dalam pasir kucing sehingga pasir semua bertaburan bikin maksue naik hangin. Hahahaha

Muka monyok seperti biasa. First day pisah dengan family memang monyok. nanti masuk dua tiga hari. mereka lah setan tak sedar diri buat rumah maksue dan bilik maksue macam mereka sendiri punya.

Tatapi Anak bulus kesayangan i  Nur Adoraa tetap tinggal bersama i.. Tak boleh masuk boarding.. Nehi nehi..  :P

..

Posted on 22 August '10 by YnaaOhYnaa, Filed under Random - 23 Comments