Wiiwitt.. Nama sexy i Yenadey .. Nama you ?

Latest Writings

Merdekaa Merdekaaa Merdekaa !

Rinduuu nyaaa zaman sekolah. Sejak habes sekolah dan setiap kali merdeka perasaan kerinduan tehadap sekolah membuak-buak. Teringat pagi-pagi pergi sekolah semangat nak sambut merdeka sebab sambut kat sekolah macam happening giles. WAJIB bawak bendera plastik siap ade cokolat bolat-bolat warna warni dalam tue.. Dengan perasaan yang bangga gile tayang bendera cokolat warna warni. Dan juga buat muke bengis tayang bendera cokolat warna warni dekat mereka yang takda bendera. Ahahaha kejam gile kann…

Tengok dekat twitter and facebook semua orang buat gambar ade bendera. i pon taknak ketinggalan.. Semangat yuh..! Kahkah

Dekat sekolah semua nyanyi lagu merdeka dengan riang sekali. Berkibaran benderaa-bendera. Seronok nyaa. Sumpah rindu! Nak sekolah balekk.. Nak pakai baju sekolah pastu seludup masuk sekolah boleh tak? Nak sambut merdeka dekat tapak perhimpuanan… Dengan cekgu-cekgu.. dengan kawan-kawan.. Rinduu sangat tak tipus… :(

Posted on 30 August '10 by YnaaOhYnaa, under Random. 22 Comments.

Malas nak letak tajuk

Masalah i apebila setiap kali update  entry baru adelah

‘..Tak tahu nak letak tajuk apa..’

I penat nak jawab soalan yang sama dekat email, dekat facebook.. So i explain dekat sini lah yer. Ramai tanya i kenapa i tak update belog. Apesal susah nak nampak ade entry baru. Kenapa jarang share cerita macam dulu..   Siap ada email suruh buat entry juadah berbuka setiap hari macam tahun lepas.. Kalau ramadhan tahun lepas, Setiap hari belog i di hiasi dengan gambagajah makanan lauk pauk yang melazat kan. Terliur je semua masuk belog i pada siang hari. Hahaha. Itu lah semua kenangan belog hitam legam www.ynaaohynaa.blogspot.com

Tapi sejak bertukar ke dotcom puteh bungabunga nie entah apehal i jadi cukup malas nak update. Ikutkan hati memang banyak sebenar nya nak cerita. BANYAK cerita baru, Tapi i pikir banyak kali nak cerita atau tak.. Hati kata mahu cerita, tapi otak kata jangan. Mereka yang perihatin pernah bebunyik suruh i jangan malas update, nanti readers lari.. Memang ramai  yang sudah lari i tahu, sebab bilangan traffic menurun selalu. Hahaha! Tapi tak apalah  kalau readers lari pun, i tidak  kisah pasal itu sebab i tahu belog i maseh ade readers yang setia mengikuti.. Kalau bilangan readers banyak tapi semua busuk hati kasik komen sampah pun tak guna

I pon sebenar nya rindu nak active belog macam dulu. Buat masa sekarang i active twitter sahaja. Kalau dulu ada jer cerita i nak kepoh kan dekat belog. Mungkin sekarang nie mood nak update selalu takda kot. Tunggu ah mood tue datang balek, Sekarang neh pun tengah cuba  nak  rajin update. Karang mood active bloging dah kembali i update 3 kali sehari baru tahu, Banyak update banyak cakap nanti ada pulak orang yang menyampah kan. Al-maklum lah, sekarang ni bloggers pantang ada benda dia menyampah, habes entry tak suka di wujudkan.. Kahkahkah. Dunia bloging tak indah macam dulu lagi.. Thats the reason why i jarang update kot..??  Entah lah.. But but BUT…, i wont stop bloging.. thats for sure :)

Posted on 23 August '10 by YnaaOhYnaa, under Random. 44 Comments.

Dont be so KEJAM please ?

Pada i memang kejam bagi mereka yang suka post video atau gambar Hantu yang tetiba keluar bila di suruh nya kita tatap sesuatu seperti satu video yang i kena, Tajuk dia “Kasihan budak kecil comel ini  tiba-tiba mati apabila sedang joget chicken dance“.. Tajuk dah macam menarik tertarik .. Bila kelik play dan tengok budak tesebut sedang  joget-joget  secara comel dan tetiba opocot mak kau keluar gambar hantu! Macam bangang tahu? Dalah time tuh i pakai headphone, Lagu chicken dance dah lah best, Feveret i so i siap pasang kuat gila.. Sekali hantu keluar dengan sound yang sangat meyeramkan. Kalau i kena heart attack macam mana? Tak sempat mengucap dah mati keras ternganga hodoh sunggoh. Tak pasal-pasal orang yang post video itu di cop pembunuh. Padan muka kau.

Pastu pulak post gambar atau video orang accident. Memang gambar tuh takda cover terpampang darah muka pecah hancur badan terbelah dua tiga. kaki tecabut.. Memang i tak suka tengok. tapi kadang-kadang bila Wall feed dekat facebook  tetiba dah terpampang gambar sebegitu. Kan tak pasal-pasal dah TER NAMPAK. Bile ternampak memang akan terbayang dan teringat ingat. Dah tu pulak, Siap TAG lagi nama i dekat photo orang pecah kepala tu suma. Cuba bayangkan time i nak remove nama i dekat gambar tesebut?  Tutup mata dengan tangan tapi terpaksa bukak sikit ruang. kalau tutup semua mata macam mana nak remove nama..? Seksa tahu??!! And and and i dont find it as “Funny”.. Not funny at all..

Kepada anda yang suka sangat masuk kan gambar hantu, gambar orang accident, Anda kena ingat bahawe tidak semua orang mempunyai hati yang kental , atau hati yang sangat kering macam anda punya hati.. Tak semua orang kuat semangat nak tengok semua benda alah tuh. Jadi tolong lah jangan kejam sangat.. Boleh tak boleh tak ????

….

Posted on 23 August '10 by YnaaOhYnaa, under Random. 36 Comments.

Adik bulus sudah masuk boarding

Semalam i dengan mama sudah hantar kesemua adik bulus i masuk boarding, Lucky boarding tersebut under maksue i sendiri. bukan boarding kedai or vet. I tak berapa berkenan hantar kucing boarding kedai/vet sebab mereka belum tentu jaga our cats dengan baik.. Maksue i ada buat service PetNanny, which is dia sendiri menjaga segala pets yang di hantar. Boarding di rumah yer bukan di kedai. Siap ada bilik khas kalau anda mahu kucing anda ada their own privacy. Tak main ah duduk dalam cage sahaja.. Ahaha! Maklum lah haiwan peliharaan sekarang semua modern. Semua spoiled. Semua hidup mewah. Bilik untuk boarding juga ada kipas dan aircond. Mana kucing persians yang bulu panjang yang biasa tidor dalam aircond, Memang bahagia lah diorang kerana maksue i memang ada buat khidmat begitu. Kucing monyet tupai rabbit semua maksue i dah pernah bela dan jaga.. Cuma anjing saja maksue tidak dapat  terima.. Jadi kalau sesiapa rakan-rakan belog i yang membaca dan amat perlu kan khidmat  seperti ini apebila anda tiada tempat atau tiada sapa mahu jaga binatang peliharaan anda bile korang outstation atau balek kampung beraya, boleh lah roger maksue i yer.. Untuk maklumat lanjut boleh lihat gambar di bawah ini

Adik-adik bulus i semua perlu masuk boarding kali ini sebab kaklong i akan berpantang di rumah. Dan rumah perlu free from bulu kucing which is tak baik untuk bayi. Kaklong pun sekarang dah sarat, anytime boleh bersalin. So i dengan mama perlu prepare awal, dan adik bulus terpaksa masuk boarding. Nanti lepas kaklong habes pantang baru mereka pulang ke rumah. Diorang pun dah biasa boarding dengan maksue sebab setiap kali rumah kami buat kenduri atau party (eceh), Adik bulus semua hendak lah di boarding kan.. mereka dengan kucing maksue juga suda kenal rapat dan jadi geng untuk membuli maksue iaitu bermain beramai-ramai di dalam pasir kucing sehingga pasir semua bertaburan bikin maksue naik hangin. Hahahaha

Muka monyok seperti biasa. First day pisah dengan family memang monyok. nanti masuk dua tiga hari. mereka lah setan tak sedar diri buat rumah maksue dan bilik maksue macam mereka sendiri punya.

Tatapi Anak bulus kesayangan i  Nur Adoraa tetap tinggal bersama i.. Tak boleh masuk boarding.. Nehi nehi..  :P

..

Posted on 22 August '10 by YnaaOhYnaa, under Random. 22 Comments.

Pagi-pagi dah menangis sampai sakit dada

Selesai bersahur hari neh, Macam biasa on facebook untuk usha-usha-ing.. Dan ternampak salah sorang my friend dalam facebook Cikja nama nya, beliau telah mempost kan satu blog link tak tahu siapa punya dan tak pernah i temui sebelum neh. I pun dengan pantas sekali kelik dan baca..

Baru baca first entry owner belog tersebut, Airmata i laju membasahi pipi. Nangis teresak-esak habes basah keyboard. Itu baru first entry. Belum lagi second third fourth fifth entry lagi. Macam tak sanggup nak teruskan baca. Macam, tapi tangan dok scroll down lagi page. Masuk entry kedua ketige, lagi deras airmata nie turun kalah air terjun… Sebak sungguh!

Dalah korang baca lah sendiri.. Mata hidung i dah saket akibat menangis.

http://mayyonnizz.blogspot.com

. . . .

Al-fatihah buat Arwah baby Alanna, Takziah kepada owner blog sekeluarga

Posted on 21 August '10 by YnaaOhYnaa, under Random. 26 Comments.

Peyembur kereta memang wangi tapi boleh merbahaya juga

I dapat email petang tadi, and i rasa i patut and mahu share dekat semua. Sebab tak semua tahu akan bahaya nya pewangi kereta.. Sapa dah tahu duduk diam-diam. I pun baru tahu and macam tekejut bila baca email yang dapat. Ini pasal peyembur wangian kereta ala ala Ambi Pur tu ha, Lagi lagi perempuan yang macam i neh, memang mesti kena ada sebotol pewangi spray letak dalam kereta. Haha sebab memang habit i, masuk kereta jer mesti nak sembur. sembur depan, sembur bawah seat. sembur belakang seat. Memang nak harum semerbak bile drive.  Tak suka kalau kereta bau busuk, memang i akan drive dalam keadaan emosi lah jawab nya.

Tapi bila tengok gambar /  kejadian dalam email nie. Alamak i jadi takot dah sekarang. Takmau lah simpan sebotol pewangi lagi. kena beli yang kecik-kecik yang tepek dekat aircond tu jela kot.. i tak suka yang jenis tepek tue sebab nanti terlalu kuat bau dia. Bila kuat sangat bau, i pening tak boleh drive. Hahahaha! Macam-macam hal i neh kan.. So sebab takmau pening, i beli sebotol spray and letak dalam dashboard. Bila nak guna, baru bawak keluar spray sana spray sini.. Tapi kadang-kadang i careless, terlupa nak simpan dalam balek, terbiar jer botol pewangi tu atas seat.. Ergghhh. Nekad takmau buat dah. takot jadi macam dalam gambar di bawah nie…

Air Freshener meletup bila panas.. Meletup time  kita takda dalam kereta takpa, Cuba kalau tengah drive sekali dia meletup, tak ke naya. Boleh terbabas kereta sebab tekejut beruk punya pasal, Dalah tekejut di tambah pula dengan melatah opocotttttt mak kau… Kompom ah tebabas teruk..

Di sebabkan dah gelabah, Cepat cepat i pergi keluar ambek pewangi dalam kereta. Takmau dah simpan dalam kereta, I Sembur dalam rumah jelah, Tuk kereta kena  beli yang lain, yang tak bahaya punya. Hahaks! :P

Posted on 16 August '10 by YnaaOhYnaa, under Random. 51 Comments.